Jadi apa khabar semua? Harap-harap sihat walafiat lah ye. Kali ni nak story-mory pasal Februari. Wahh.. Sekejap je dah melangkah ke bulan romantik iaitu Februari! Kalau ikut lagu Glen Fredly tu, Januari bulan sedih sebab putus kapel. Tapi bulan Februari kira bulan manis-manis gula gittu sebab ada Valentine's Day ye dok?
Tapi kan, kita yang Islam ni bukan ke tak boleh sambut Valentine's Day tu?? Alaahaii.. Motif la nak sambut kan? Itu time kapel je, bukan kahwin pun. Nanti time anniversary tu nak sambut sampai lebam pun sambut lah. Takde siapa nak marah pun.
Memandangkan Aku ni jenis yang tak berapa nak ambik tahu sangat hari ni berapa hari bulan, jadi aku ke-konfius-an kejap tahun ni bulan Februari ada berapa hari. Ye lah, Februari kan special. Kejap-kejap 28 hari, kejap-kejap 29 hari (kesian siapa yang lahir 29hb Feb tuu). Jadi setelah tengok kalendar, rupanya tahun ni ada 28 hari aje.
Haa.. Alang-alang dah masuk bulan Februari ni, tengok lah cerita "29 Februari" ye. Hasil KRU Studios. Aku tak sempat nak tengok pun. Baru suku jalan je yang sempat. Tapi rasanya cerita tu sangat menarik lah. Mungkin sebab dia cuba tonjolkan sesuatu yang "rare" yang orang tak pernah terfikir pun. Bagus bagus bagus!
Lagi satu, rasanya disebabkan filem ni lah, si Remy Ishak tu menyanyi. Hehehe.. Sedap juga la rupanya suara beliau~ Nanti cuba cari la lagu dia tajuk "Kelip kelip". Boleh tahan laaa.. Hehehe..
Ok lah. Sebenarnya tak tau nak merapu apa. So.... Happy February! May February brings luck and prosperity~ Cewahhh! ;)

