Monday, 24 September 2012

Aku Adalah Aku - Aku Sayang Dia ?

"Aku Sayang Dia"

Melihat ayat di atas pasti membuat kalian tertanya-tanya siapakah yang aku sayangi itu agaknya ya? Siapa lah gerangan jejaka bertuah yang bertakhta di hati aku itu. Hehe.. Nakal sungguh aku ini. Aku cuma berharap ayat di atas ini menjadi kenyataan. Secara cliche nya pasti aku akan menjawab, "aku sayang keluarga aku la."

Tapi, jauh di sudut hati kecil ini, ingin sekali aku menyatakan ayat ini kepada si dia (jejaka bertuah) yang mungin bakal singgah dan menetap dalam hati ini. Tapi sayang, si dia yang aku tunggu2 masih jua belum kunjung tiba. Mungkin Allah belum lagi ingin aku menemui pemilik tulang rusuk kiri ku ini. 

Berbicara soal sayang, ingin sekali aku bertanya kepada kalian. Adakah perasaan terhadap lelaki yang kita benci pada awalnya kemudian menjadi sahabat rapat di kemudian hari itu dipanggil "sayang" ??

Kata orang2 tua, kalau mula2 kita benci kan seseorang itu, di kemudian hari orang itu lah yang paling kita sayang. Bak kata orang, tidur malam tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Pendek kata, sentiasa teringatkan si dia. Ini lah yang sedang aku bimbangkan sekarang. Jujur aku akui aku ada mengenali seseorang ini. Kami selalu bertelagah. Si dia sering mencari pasal dengan aku. Dan aku pula sering sahaja memarahinya. Tak kira di khalayak ramai atau sebaliknya. Aduh, berani mati pula aku berterus terang di sini. :P

Tapi tak mungkin lah kan. Aku mungkin suka dia seperti sahabat dan abang sahaja. Aku pun masih hijau soal cinta. Aishh.. Segulung ijazah pun masih belum digenggam sudah bercerita soal cinta! Mau kena bebel setalam dengan opah aku nanti. hehe..

Apa-apa pun entri ini sekadar suka2. Adat lah kehidupan seorang remaja seperti aku bukan? Cinta dan cita-cita harus seiring. Jangan berat sebelah. Tapi kalau lebihkan cinta dari cita-cita tak apa kot? eh? Maksud aku, lebihkan CITA-CITA dari cinta. hehe..

Sekian dahulu entri aku. Di lain hari, kita berbicara soal lain pula ya. Bosan lah kalau selalu bercakap soal cinta dan hati dan perasaan sahaja kan? :) Sekian dahulu, wassalam.

Aku adalah Aku - Kesabaranku Teruji Lagi

Sedar tak sedar , semester 3 semakin menghampiri ke penghujungnya. Tidak lama lagi, aku akan menghadapi peperiksaan akhir (Final Exam) . Aku akan berusaha sedaya upaya ku untuk memberikan yang terbaik demi meningkatkan CGPA aku sendiri. Namun begitu, hidup aku resah dan kebelakangan ini kesabaranku sering teruji.

Apakah salah aku hingga sebegitu sekali ujuan dan dugaan menimpa diriku ini? Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang tersurat dan tersirat. Pun begitu, aku tidak sanggup lagi menyakiti hati ini. Tidakkah kalian tahu bahawa menahan SABAR itu lebih sakit dari di tikam? Kalau kena tikam, kita nampak luka dan kecederaan nya di luar. Tapi menahan sabar di dalam hati, sakit, perit, terluka, tiada siapa pun yang nampak dan tahu. 

Ya, aku memang seorang penyimpan rahsia dan suka memendam rasa secara tegar. Tapi, kadang kala aku juga perlukan seseorang untuk duduk di sisi aku dan mendengar segala luahan isi hati ku ini. Namun, ada kah insan yang sudi mendengar luahan aku yang tidak seberapa ini? Sanggup kah mereka mendengar masalahku yang langsung tiada kaitan dengan mereka?? Aku ini bukan siapa2 pada mereka, jadi mengapa mereka perlu membebankan minda mereka dengan masalah aku ini bukan?

Aku akui, sejak beberapa ketika kebelakangan ini, aku sering dirundum masalah. Masalah tentang pelajaran, rakan2 serta orang2 sekeliling yang entah dari mana muncul menambahkan lagi beban yang terpikul di bahu ini. Aku juga akui, aku ada sedikit rasa ketidakpuasan hati terhadap beberapa kenalan ku di sini. Namun, tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa kerana bagi aku, itu hal peribadi dan tidak perlu lah orang lain ambil tahu.

Aku tertanya-tanya, setiap kali aku menghampiri musim peperiksaan akhir, pasti akan ada satu persatu masalah yang muncul yang pasti melibatkan diri aku sendiri. Aku anggap ini semua dugaan, namun aku tahu hal2 seperti ini tidak akan berlaku jika bukan kerana diri aku sendiri. Entah la. Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku tahu, Allah itu sentiasa ada untuk mendengar luahan hamba2Nya. Dia tidak pernah melupakan kita, tapi kita? Ya Allah, sesungguhnya hamba ini sering alpa. :'(

Apa2 pun, aku berserah segala-galanya kepada takdir. Apa yang berlaku , semuanya sudah tertulis. Aku boleh mengubah takdir itu, tapi itu semua terpulang kepada diri aku sendiri. Doakan aku agar bisa menghadapi semua cubaan dan dugaan ini. Doakan kejayaan ku ya kalian. Aku juga mendoakan kalian agar berjaya dan sentiasa berbahagia dalam kehidupan kalian. :)

Sekian sahaja dari aku. Andai panjang umur, kita akan bertemu lagi di lain entri. Sekian, wassalam.