Sedar tak sedar , semester 3 semakin menghampiri ke penghujungnya. Tidak lama lagi, aku akan menghadapi peperiksaan akhir (Final Exam) . Aku akan berusaha sedaya upaya ku untuk memberikan yang terbaik demi meningkatkan CGPA aku sendiri. Namun begitu, hidup aku resah dan kebelakangan ini kesabaranku sering teruji.
Apakah salah aku hingga sebegitu sekali ujuan dan dugaan menimpa diriku ini? Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang tersurat dan tersirat. Pun begitu, aku tidak sanggup lagi menyakiti hati ini. Tidakkah kalian tahu bahawa menahan SABAR itu lebih sakit dari di tikam? Kalau kena tikam, kita nampak luka dan kecederaan nya di luar. Tapi menahan sabar di dalam hati, sakit, perit, terluka, tiada siapa pun yang nampak dan tahu.
Ya, aku memang seorang penyimpan rahsia dan suka memendam rasa secara tegar. Tapi, kadang kala aku juga perlukan seseorang untuk duduk di sisi aku dan mendengar segala luahan isi hati ku ini. Namun, ada kah insan yang sudi mendengar luahan aku yang tidak seberapa ini? Sanggup kah mereka mendengar masalahku yang langsung tiada kaitan dengan mereka?? Aku ini bukan siapa2 pada mereka, jadi mengapa mereka perlu membebankan minda mereka dengan masalah aku ini bukan?
Aku akui, sejak beberapa ketika kebelakangan ini, aku sering dirundum masalah. Masalah tentang pelajaran, rakan2 serta orang2 sekeliling yang entah dari mana muncul menambahkan lagi beban yang terpikul di bahu ini. Aku juga akui, aku ada sedikit rasa ketidakpuasan hati terhadap beberapa kenalan ku di sini. Namun, tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa kerana bagi aku, itu hal peribadi dan tidak perlu lah orang lain ambil tahu.
Aku tertanya-tanya, setiap kali aku menghampiri musim peperiksaan akhir, pasti akan ada satu persatu masalah yang muncul yang pasti melibatkan diri aku sendiri. Aku anggap ini semua dugaan, namun aku tahu hal2 seperti ini tidak akan berlaku jika bukan kerana diri aku sendiri. Entah la. Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku tahu, Allah itu sentiasa ada untuk mendengar luahan hamba2Nya. Dia tidak pernah melupakan kita, tapi kita? Ya Allah, sesungguhnya hamba ini sering alpa. :'(
Apa2 pun, aku berserah segala-galanya kepada takdir. Apa yang berlaku , semuanya sudah tertulis. Aku boleh mengubah takdir itu, tapi itu semua terpulang kepada diri aku sendiri. Doakan aku agar bisa menghadapi semua cubaan dan dugaan ini. Doakan kejayaan ku ya kalian. Aku juga mendoakan kalian agar berjaya dan sentiasa berbahagia dalam kehidupan kalian. :)
Sekian sahaja dari aku. Andai panjang umur, kita akan bertemu lagi di lain entri. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment