Kabare? Waras? Hehehe.. *fenfeeling Jawo jap* :P
Ok lah. Mari terus ke topik kita hari ini. Nampak tak tajuk kat atas tu? (Obviously la nampak kan? Apadaaa Aku ni...)
Memandangkan sekarang ni lagu Kpop semakin berleluasa dan semakin meluaskan empayar mereka ke seantero dunia kan, jadi Aku pun cuba lah berjinak sikit-sikit pasal Kpop ni. Tapi tak ada lah sampai kata orang "Demam Kpop". Gittu kan.. Sebenarnya kalau nak cakap soal Kpop segala ni, dari zaman sekolah menengah lagi aku dah tahu sikit-sikit. Al-maklum lah, geng bas sekolah Aku dulu minat gila-gila dengan Kpop. Jadi tiap-tiap pagi sementara nak tunggu bas sekolah tu dengar la dia bergosip pasal artis Kpop semua tu kan. Kenal la jugak beberapa artis tu tapi tak semua la. Aku ni bukan peminat Kpop tegar pun nak tahu semua.
Jadi nak dipendekkan cerita, al-kesahnya Aku mula minat 1 group Kpop ni. Big Bang nama nya. Mula suka sejak tahun lepas la masa diorang datang buat konsert kat sini. Aku tak pergi pun tapi tengok kat favourite show Aku tu je lah (8TV Nite Live). Sejak dari hari itu, Aku jadi suka sangat kat group tu. Nak dijadikan cerita lagi (berapa banyak kali cerita daaaa), Aku terpikat dengan seorang ahli kumpulan tu. TOP nama dia. Suara dia sangat-sangat jantan ok! Aku suka dengar suara dia. Jadi hari ni Aku nak cakap pasal dia.
Nama betul TOP ialah Choi Seung Hyun. Haa? Macam kenal? Haa.. Ye lah, sama macam kat tajuk atas tu kan? Haaaaaaa... Dia lah tu! hehehe.. Bukan apa nak cerita pasal dia. Aku sebenarnya agak tersentuh dengan kisah hidup dia. Dan aku jadikan kisah hidup dia sebagai motivasi Aku. Meh Aku kasi tunjuk gambar dia.
Haa.. Amacam? Kachak tak beliau? Kachak kan?? *Especially tang mulut dia tu. Eiii.. Geram betul! haha* Jadi apa yang istimewa sangat pasal dia ni? Artis Malaysia ni tak kachak ke? Bukan macam tu. Aku cuma tertarik dengan kisah hidup dia. Untuk pengetahuan awak, dan awak dan awak semua, dia ni dulu tak macam ni tau. Masa zaman remaja dia dulu, dia sangat sangat gemuk (maaf kalau bunyi nya kasar). Tapi sebab apa dia boleh kurus macam ni? Sebab dia ada azam. Berazam untuk buktikan kepada orang yang suka kutuk-kutuk, hina-hina dia dulu tu yang dia boleh berjaya dan menjadi seseorang suatu hari nanti. Dan dia berjaya! *Aku rasa awek yang pernah tolak dia dulu mesti meraung2 tengok dia sekarang. heh!*
Ada lagi satu hal yang buat Aku makin tertarik dengan TOP ni. Dia pernah buat pengakuan dalam satu talkshow yang dia dulu pernah ada buah hati dan buah hati dia tu tua 5 tahun dari dia! *Nampak tak cinta itu tidak mengenal usia???* Lepas setahun mereka berpacaran, mereka terpaksa putus. Tapi TOP tak cakap kenapa mereka putus. Tapi menurut satu sumber (entah boleh percaya atau tidak) mengatakan bahawa mereka putus sebab TOP pilih untuk menjadi artis ketika awek dia suruh pilih samada nak awek dia atau jadi artis. Masa tu dia baru nak masuk YG Entertainment (agaknya laa). Tapi nanti dulu! Jangan salahkan TOP ya. Sebab TOP pernah cakap (katanyaa) yang dia nak jadi artis sebab nak kehidupan yang lebih baik untuk buah hati dia tu. Ohmaiii.. Don't you think he is such a sweet guy who think about his future with his girl? Dan part yang paling buat aku terharu bila dia bermati-matian pertahankan mantan buah hati dia tu daripada dihina orang ramai sebab ye la masa tu dia dah jadi artis dan orang pun dah tahu pasal kisah hidup dia. Ye lah, bekas buah hati dia tu bukan artis pun. Sampai tak tenteram hidup perempuan tu. Dan lagi satu, TOP ada buat satu lagu khas untuk bekas buah hati dia dan dia seolah-olah mengharapkan perempuan tu akan tetap tunggu dia dan menerima dia seadanya suatu hari nanti. Kelak. Tajuk lagu tu "Act Like Nothing's Wrong". Sedap lagu tu. *Baca translation nya sekali. Baru faham makna lirik lagu tu*
Jadi itu lah kisahnya.. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk tu kita jadikan sempadan. Memang bukan mudah untuk menempuh hidup lebih2 lagi apabila terpaksa memilih antara cinta dan kerjaya. Apa2 pun, Aku harap TOP akan lebih tabah dan dapat jumpa seseorang yang lebih baik (Aku ke.. Kperasan. Kbye) haha.. K gurau je. Semoga dapat memberi kalian inspirasi untuk berjaya ya! Terima kasih sebab sudi luangkan masa entri yang tak berapa nak penting + membosankan ni ya.. Sekian, wassalam~ ^__^

No comments:
Post a Comment