Saturday, 4 August 2012

Aku Adalah Aku - Ramdhan Kembali Lagi

Alhamdulillah, hari ini sudah 15 hari umat Islam berpuasa. Perasaan dalam hati ini bercampur baur. Ada rasa suka, gembira dan juga sedih. Mengikut perkiraan aku, tahun ini adalah tahun kedua aku berpuasa di rantauan. Berpuasa jauh dari keluarga. Berpuasa sebagai seorang pelajar di universiti. Semuanya serba mencabar. Tidak kira samada dari segi mental mahupun fizikal.

Kelas berjalan seperti biasa cuma mungkin saja kepenatan itu berganda. Adatlah ketika bulan puasa. Semuanya serba tak kena. Nak berjalan ke tandas depan bilik pun terasa malas yang teramat. Apa nak jadi la aku ini. Sepatutnya bulan-bulan puasa ni aku makin rancak melakukan ibadat, tapi lain pulak yang jadi. Itu lah, bercakap soal bulan Ramadhan, yang pastinya bazaar Ramadhan termasuk dalam senarai wajib ziarah *kononnya la*. Asal kaki melangkah ke bazaar saja, pasti macam-macam yang perut ini mengidam nak jamah. Kalau hari-hari pergi, boleh koyak la poket aku nanti. Hehe

Tiada apa lagi yang mampu aku katakan lagi mengenai Ramadhan ini (padahal ada saja perkara yang tidak putus-putus boleh aku ceritakan mengenai Ramadhan. Al-maklum lah ilmu Ana masih belum mencukupi) hehe.. Akhir kata, semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Andai ini Ramadhan terakhirku, aku memohon ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mohon maaf segala salah silap, halalkan makan minumku, halalkan jua segala ilmu mu kepadaku. :')


No comments:

Post a Comment