Sunday, 20 January 2013

Aku Adalah Aku - Choi Seung Hyun & ...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kalian!

Kabare? Waras? Hehehe.. *fenfeeling Jawo jap* :P

Ok lah. Mari terus ke topik kita hari ini. Nampak tak tajuk kat atas tu? (Obviously la nampak kan? Apadaaa Aku ni...)

Memandangkan sekarang ni lagu Kpop semakin berleluasa dan semakin meluaskan empayar mereka ke seantero dunia kan, jadi Aku pun cuba lah berjinak sikit-sikit pasal Kpop ni. Tapi tak ada lah sampai kata orang "Demam Kpop". Gittu kan.. Sebenarnya kalau nak cakap soal Kpop segala ni, dari zaman sekolah menengah lagi aku dah tahu sikit-sikit. Al-maklum lah, geng bas sekolah Aku dulu minat gila-gila dengan Kpop. Jadi tiap-tiap pagi sementara nak tunggu bas sekolah tu dengar la dia bergosip pasal artis Kpop semua tu kan. Kenal la jugak beberapa artis tu tapi tak semua la. Aku ni bukan  peminat Kpop tegar pun nak tahu semua.

Jadi nak dipendekkan cerita, al-kesahnya Aku mula minat 1 group Kpop ni. Big Bang nama nya. Mula suka sejak tahun lepas la masa diorang datang buat konsert kat sini. Aku tak pergi pun tapi tengok kat favourite show Aku tu je lah (8TV Nite Live). Sejak dari hari itu, Aku jadi suka sangat kat group tu. Nak dijadikan cerita lagi (berapa banyak kali cerita daaaa), Aku terpikat dengan seorang ahli kumpulan tu. TOP nama dia. Suara dia sangat-sangat jantan ok! Aku suka dengar suara dia. Jadi hari ni Aku nak cakap pasal dia.

Nama betul TOP ialah Choi Seung Hyun. Haa? Macam kenal? Haa.. Ye lah, sama macam kat tajuk atas tu kan? Haaaaaaa... Dia lah tu! hehehe.. Bukan apa nak cerita pasal dia. Aku sebenarnya agak tersentuh dengan kisah hidup dia. Dan aku jadikan kisah hidup dia sebagai motivasi Aku. Meh Aku kasi tunjuk gambar dia.

Haa.. Amacam? Kachak tak beliau? Kachak kan?? *Especially tang mulut dia tu. Eiii.. Geram betul! haha* Jadi apa yang istimewa sangat pasal dia ni? Artis Malaysia ni tak kachak ke? Bukan macam tu. Aku cuma tertarik dengan kisah hidup dia. Untuk pengetahuan awak, dan awak dan awak semua, dia ni dulu tak macam ni tau. Masa zaman remaja dia dulu, dia sangat sangat gemuk (maaf kalau bunyi nya kasar). Tapi sebab apa dia boleh kurus macam ni? Sebab dia ada azam. Berazam untuk buktikan kepada orang yang suka kutuk-kutuk, hina-hina dia dulu tu yang dia boleh berjaya dan menjadi seseorang suatu hari nanti. Dan dia berjaya! *Aku rasa awek yang pernah tolak dia dulu mesti meraung2 tengok dia sekarang. heh!*

Ada lagi satu hal yang buat Aku makin tertarik dengan TOP ni. Dia pernah buat pengakuan dalam satu talkshow yang dia dulu pernah ada buah hati dan buah hati dia tu tua 5 tahun dari dia! *Nampak tak cinta itu tidak mengenal usia???* Lepas setahun mereka berpacaran, mereka terpaksa putus. Tapi TOP tak cakap kenapa mereka putus. Tapi menurut satu sumber (entah boleh percaya atau tidak) mengatakan bahawa mereka putus sebab TOP pilih untuk menjadi artis ketika awek dia suruh pilih samada nak awek dia atau jadi artis. Masa tu dia baru nak masuk YG Entertainment (agaknya laa). Tapi nanti dulu! Jangan salahkan TOP ya. Sebab TOP pernah cakap (katanyaa) yang dia nak jadi artis sebab nak kehidupan yang lebih baik untuk buah hati dia tu. Ohmaiii.. Don't you think he is such a sweet guy who think about his future with his girl? Dan part yang paling buat aku terharu bila dia bermati-matian pertahankan mantan buah hati dia tu daripada dihina orang ramai sebab ye la masa tu dia dah jadi artis dan orang pun dah tahu pasal kisah hidup dia. Ye lah, bekas buah hati dia tu bukan artis pun. Sampai tak tenteram hidup perempuan tu. Dan lagi satu, TOP ada buat satu lagu khas untuk bekas buah hati dia dan dia seolah-olah mengharapkan perempuan tu akan tetap tunggu dia dan menerima dia seadanya suatu hari nanti. Kelak. Tajuk lagu tu "Act Like Nothing's Wrong". Sedap lagu tu. *Baca translation nya sekali. Baru faham makna lirik lagu tu*

Jadi itu lah kisahnya.. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk tu kita jadikan sempadan. Memang bukan mudah untuk menempuh hidup lebih2 lagi apabila terpaksa memilih antara cinta dan kerjaya. Apa2 pun, Aku harap TOP akan lebih tabah dan dapat jumpa seseorang yang lebih baik (Aku ke.. Kperasan. Kbye) haha.. K gurau je. Semoga dapat memberi kalian inspirasi untuk berjaya ya! Terima kasih sebab sudi luangkan masa entri yang tak berapa nak penting + membosankan ni ya.. Sekian, wassalam~ ^__^



Wednesday, 2 January 2013

Aku Adalah Aku - Selamat Datang 2013 !

Assalamualaikum! Dan Salam 1Malaysia! hehehe..

SELAMAT TINGGAL 2012 | SELAMAT DATANG 2013!


Entri yang pertama untuk tahun ini. Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah melangkah ke tahun 2013. Tahun 2012 menyimpan begitu banyak kenangan bagi Aku. Pelbagai memori suka duka Aku lalui. Bak kata orang, "pengalaman mendewasakan". Ya,Aku harap Aku dapat pengajaran dari peristiwa lalu.

Nak cerita pasal kenangan ni sampai 10 ratus ribu entri pun tak cukup. Lalala~ :P Apa-apa pun, yang penting Aku nak tutup buku lama, bukak buku baru. Lakarkan kenangan baru. Cukuplah yang lama itu sekadar kenangan dalam ingatan yang tak mungkin akan pudar. (wuuuuu ayat~~) 

Biasa nya kalau masuk tahun baru, mesti ada azam baru untuk dicapai kan? Apa azam kalian? Harap-harap termakbul la azam kalian itu ya. Aku? Aku tak reti lah nak berazam. Tapi tipu la kalau Aku kata aku tak pernah punya azam. Cuma pada pandangan aku, tak guna berazam bagai nak rak tapi buatnya tidak. Aku lebih senang untuk terus lakukan apa yang Aku rasakan betul asalkan tidak salah dan melanggar hukum.

Tak kisah la apa pun azam kalian, asalkan perkara itu membawa kalian ke arah lebih positif. Tak gitu? :)

Ok lah, Aku rasa setakat ini dahulu penulisan Aku yang tisak seberaa untuk tahun baru ini. Ada masa, umur panjang akan Aku karang lagi ya. Akhir kata, Selamat Tahun Baru! ;) <3

Monday, 24 September 2012

Aku Adalah Aku - Aku Sayang Dia ?

"Aku Sayang Dia"

Melihat ayat di atas pasti membuat kalian tertanya-tanya siapakah yang aku sayangi itu agaknya ya? Siapa lah gerangan jejaka bertuah yang bertakhta di hati aku itu. Hehe.. Nakal sungguh aku ini. Aku cuma berharap ayat di atas ini menjadi kenyataan. Secara cliche nya pasti aku akan menjawab, "aku sayang keluarga aku la."

Tapi, jauh di sudut hati kecil ini, ingin sekali aku menyatakan ayat ini kepada si dia (jejaka bertuah) yang mungin bakal singgah dan menetap dalam hati ini. Tapi sayang, si dia yang aku tunggu2 masih jua belum kunjung tiba. Mungkin Allah belum lagi ingin aku menemui pemilik tulang rusuk kiri ku ini. 

Berbicara soal sayang, ingin sekali aku bertanya kepada kalian. Adakah perasaan terhadap lelaki yang kita benci pada awalnya kemudian menjadi sahabat rapat di kemudian hari itu dipanggil "sayang" ??

Kata orang2 tua, kalau mula2 kita benci kan seseorang itu, di kemudian hari orang itu lah yang paling kita sayang. Bak kata orang, tidur malam tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Pendek kata, sentiasa teringatkan si dia. Ini lah yang sedang aku bimbangkan sekarang. Jujur aku akui aku ada mengenali seseorang ini. Kami selalu bertelagah. Si dia sering mencari pasal dengan aku. Dan aku pula sering sahaja memarahinya. Tak kira di khalayak ramai atau sebaliknya. Aduh, berani mati pula aku berterus terang di sini. :P

Tapi tak mungkin lah kan. Aku mungkin suka dia seperti sahabat dan abang sahaja. Aku pun masih hijau soal cinta. Aishh.. Segulung ijazah pun masih belum digenggam sudah bercerita soal cinta! Mau kena bebel setalam dengan opah aku nanti. hehe..

Apa-apa pun entri ini sekadar suka2. Adat lah kehidupan seorang remaja seperti aku bukan? Cinta dan cita-cita harus seiring. Jangan berat sebelah. Tapi kalau lebihkan cinta dari cita-cita tak apa kot? eh? Maksud aku, lebihkan CITA-CITA dari cinta. hehe..

Sekian dahulu entri aku. Di lain hari, kita berbicara soal lain pula ya. Bosan lah kalau selalu bercakap soal cinta dan hati dan perasaan sahaja kan? :) Sekian dahulu, wassalam.

Aku adalah Aku - Kesabaranku Teruji Lagi

Sedar tak sedar , semester 3 semakin menghampiri ke penghujungnya. Tidak lama lagi, aku akan menghadapi peperiksaan akhir (Final Exam) . Aku akan berusaha sedaya upaya ku untuk memberikan yang terbaik demi meningkatkan CGPA aku sendiri. Namun begitu, hidup aku resah dan kebelakangan ini kesabaranku sering teruji.

Apakah salah aku hingga sebegitu sekali ujuan dan dugaan menimpa diriku ini? Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang tersurat dan tersirat. Pun begitu, aku tidak sanggup lagi menyakiti hati ini. Tidakkah kalian tahu bahawa menahan SABAR itu lebih sakit dari di tikam? Kalau kena tikam, kita nampak luka dan kecederaan nya di luar. Tapi menahan sabar di dalam hati, sakit, perit, terluka, tiada siapa pun yang nampak dan tahu. 

Ya, aku memang seorang penyimpan rahsia dan suka memendam rasa secara tegar. Tapi, kadang kala aku juga perlukan seseorang untuk duduk di sisi aku dan mendengar segala luahan isi hati ku ini. Namun, ada kah insan yang sudi mendengar luahan aku yang tidak seberapa ini? Sanggup kah mereka mendengar masalahku yang langsung tiada kaitan dengan mereka?? Aku ini bukan siapa2 pada mereka, jadi mengapa mereka perlu membebankan minda mereka dengan masalah aku ini bukan?

Aku akui, sejak beberapa ketika kebelakangan ini, aku sering dirundum masalah. Masalah tentang pelajaran, rakan2 serta orang2 sekeliling yang entah dari mana muncul menambahkan lagi beban yang terpikul di bahu ini. Aku juga akui, aku ada sedikit rasa ketidakpuasan hati terhadap beberapa kenalan ku di sini. Namun, tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa kerana bagi aku, itu hal peribadi dan tidak perlu lah orang lain ambil tahu.

Aku tertanya-tanya, setiap kali aku menghampiri musim peperiksaan akhir, pasti akan ada satu persatu masalah yang muncul yang pasti melibatkan diri aku sendiri. Aku anggap ini semua dugaan, namun aku tahu hal2 seperti ini tidak akan berlaku jika bukan kerana diri aku sendiri. Entah la. Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku tahu, Allah itu sentiasa ada untuk mendengar luahan hamba2Nya. Dia tidak pernah melupakan kita, tapi kita? Ya Allah, sesungguhnya hamba ini sering alpa. :'(

Apa2 pun, aku berserah segala-galanya kepada takdir. Apa yang berlaku , semuanya sudah tertulis. Aku boleh mengubah takdir itu, tapi itu semua terpulang kepada diri aku sendiri. Doakan aku agar bisa menghadapi semua cubaan dan dugaan ini. Doakan kejayaan ku ya kalian. Aku juga mendoakan kalian agar berjaya dan sentiasa berbahagia dalam kehidupan kalian. :)

Sekian sahaja dari aku. Andai panjang umur, kita akan bertemu lagi di lain entri. Sekian, wassalam.

Saturday, 4 August 2012

Aku Adalah Aku - Ramdhan Kembali Lagi

Alhamdulillah, hari ini sudah 15 hari umat Islam berpuasa. Perasaan dalam hati ini bercampur baur. Ada rasa suka, gembira dan juga sedih. Mengikut perkiraan aku, tahun ini adalah tahun kedua aku berpuasa di rantauan. Berpuasa jauh dari keluarga. Berpuasa sebagai seorang pelajar di universiti. Semuanya serba mencabar. Tidak kira samada dari segi mental mahupun fizikal.

Kelas berjalan seperti biasa cuma mungkin saja kepenatan itu berganda. Adatlah ketika bulan puasa. Semuanya serba tak kena. Nak berjalan ke tandas depan bilik pun terasa malas yang teramat. Apa nak jadi la aku ini. Sepatutnya bulan-bulan puasa ni aku makin rancak melakukan ibadat, tapi lain pulak yang jadi. Itu lah, bercakap soal bulan Ramadhan, yang pastinya bazaar Ramadhan termasuk dalam senarai wajib ziarah *kononnya la*. Asal kaki melangkah ke bazaar saja, pasti macam-macam yang perut ini mengidam nak jamah. Kalau hari-hari pergi, boleh koyak la poket aku nanti. Hehe

Tiada apa lagi yang mampu aku katakan lagi mengenai Ramadhan ini (padahal ada saja perkara yang tidak putus-putus boleh aku ceritakan mengenai Ramadhan. Al-maklum lah ilmu Ana masih belum mencukupi) hehe.. Akhir kata, semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Andai ini Ramadhan terakhirku, aku memohon ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mohon maaf segala salah silap, halalkan makan minumku, halalkan jua segala ilmu mu kepadaku. :')


Saturday, 21 July 2012

Aku Adalah Aku - Aku Harus T.A.B.A.H !!

Julai menyapa dan Jun pun berlalu pergi. Sedar tak sedar sudah lebih 5 minggu aku berada di Lendu ini. Aku mengharapkan akan muncul sinar baru setelah aku sedari bahawa si Dia bukan lah jodoh ku apatah lagi untuk menjadi milik ku yang mutlak. Jadi aku mula menyimpan angan dan cita baru agar aku lebih bersemangat untuk meneruskan hidup aku di semester baru ini.
 Aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan kejayaanku dalam pelajaran. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk mendapatkan Anugerah Dekan (DL). Aku harus fikirkan dan utamakan diri aku serta keluarga sebelum perkara-perkara yang lain. Walaupun dugaan terus membasahi diri ini, akan ku tetap teruskan perjuangan kerana bukan KAU, DIA ATAU MEREKA yang menanggung apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui. Aku harus tabah. YA! Aku HARUS TABAH ! Aku yakin aku mampu melalui semua ini.

Ya Allah, hanya padaMu lah aku berserah. Tabahkan lah hati hambaMu ini. Sesungguhnya hamba tidak ada tempat lain untuk mengadu selain dariMu ya Allah. Bantu lah hamba untuk terus tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini ya Allah. Semoga Engkau terus berada di sampingku. Aminn.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ~ !! :D

Hari ini sudah menjengah hari ke 2 Ramadhan. Semalam AKHIRNYA dapat jugak aku berpuasa di rumah bersama keluarga (dengan Opahku Rock ^_^) Yang penting hari pertama Ramadhan aku bersama keluarga, BUKAN di perantauan (Lendu lettew)..

Hari pertama Ramadhan memang nikmat terutama bila kita dapat sambut dengan family. Lepas ni aku TERpaksa la berpuasa di perantauan buat kali ke-2 (kali pertama masa patwan dolu-dolu). Aku tak tau la macam mana aku dapat survive untuk puasa kali ni. Dah la sem kali ni ada 3x kelas pukul 8.30 pagi. Kompom shuttle bus ramai student yang berebut-rebut nak naik seolah-olah tiada bas kedua dan seterusnya. -.-"

Lagi satu, bila bulan Ramadhan tiba, nafsu makan pun tiba-tiba naik mendadak. Semua benda nak di makan. RAKUS sungguh (bak kata Ijat Palap) !! Satu-satunya benda yang ada time Ramadhan ni ialah bazaar Ramadhan. wuuuu~~~ Alamatnya pokai lagi la duit den ni haa.. So, aku kena berusaha untuk KAWAL perbelanjaan aku. Duit ni keluar macam air mengalir dari paip tu tahu?? -.-"


Selain itu, solat Terawih pun ada dalam bulan Ramadhan je (Only in Ramadhan) :D Kali ni aku nak cuba try test untuk solat Terawih at least 5 kali seminggu. Kalau aku konfiden sangat cakap hari-hari nak pergi, takut tinggal angan-angan je laaa..

Ok lah. Sekian dulu entry kali ini. Kalau ada ilham lagi, aku taip,taip,taip dan taip demi anda, anda dan anda sekalian~ :)

Sekian, Assalamualaikum + Salam 1Ramadhan ! :)