Saturday, 21 July 2012

Aku Adalah Aku - Aku Harus T.A.B.A.H !!

Julai menyapa dan Jun pun berlalu pergi. Sedar tak sedar sudah lebih 5 minggu aku berada di Lendu ini. Aku mengharapkan akan muncul sinar baru setelah aku sedari bahawa si Dia bukan lah jodoh ku apatah lagi untuk menjadi milik ku yang mutlak. Jadi aku mula menyimpan angan dan cita baru agar aku lebih bersemangat untuk meneruskan hidup aku di semester baru ini.
 Aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan kejayaanku dalam pelajaran. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk mendapatkan Anugerah Dekan (DL). Aku harus fikirkan dan utamakan diri aku serta keluarga sebelum perkara-perkara yang lain. Walaupun dugaan terus membasahi diri ini, akan ku tetap teruskan perjuangan kerana bukan KAU, DIA ATAU MEREKA yang menanggung apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui. Aku harus tabah. YA! Aku HARUS TABAH ! Aku yakin aku mampu melalui semua ini.

Ya Allah, hanya padaMu lah aku berserah. Tabahkan lah hati hambaMu ini. Sesungguhnya hamba tidak ada tempat lain untuk mengadu selain dariMu ya Allah. Bantu lah hamba untuk terus tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini ya Allah. Semoga Engkau terus berada di sampingku. Aminn.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ~ !! :D

Hari ini sudah menjengah hari ke 2 Ramadhan. Semalam AKHIRNYA dapat jugak aku berpuasa di rumah bersama keluarga (dengan Opahku Rock ^_^) Yang penting hari pertama Ramadhan aku bersama keluarga, BUKAN di perantauan (Lendu lettew)..

Hari pertama Ramadhan memang nikmat terutama bila kita dapat sambut dengan family. Lepas ni aku TERpaksa la berpuasa di perantauan buat kali ke-2 (kali pertama masa patwan dolu-dolu). Aku tak tau la macam mana aku dapat survive untuk puasa kali ni. Dah la sem kali ni ada 3x kelas pukul 8.30 pagi. Kompom shuttle bus ramai student yang berebut-rebut nak naik seolah-olah tiada bas kedua dan seterusnya. -.-"

Lagi satu, bila bulan Ramadhan tiba, nafsu makan pun tiba-tiba naik mendadak. Semua benda nak di makan. RAKUS sungguh (bak kata Ijat Palap) !! Satu-satunya benda yang ada time Ramadhan ni ialah bazaar Ramadhan. wuuuu~~~ Alamatnya pokai lagi la duit den ni haa.. So, aku kena berusaha untuk KAWAL perbelanjaan aku. Duit ni keluar macam air mengalir dari paip tu tahu?? -.-"


Selain itu, solat Terawih pun ada dalam bulan Ramadhan je (Only in Ramadhan) :D Kali ni aku nak cuba try test untuk solat Terawih at least 5 kali seminggu. Kalau aku konfiden sangat cakap hari-hari nak pergi, takut tinggal angan-angan je laaa..

Ok lah. Sekian dulu entry kali ini. Kalau ada ilham lagi, aku taip,taip,taip dan taip demi anda, anda dan anda sekalian~ :)

Sekian, Assalamualaikum + Salam 1Ramadhan ! :)

Friday, 18 May 2012

Aku Adalah Aku - Hari Ini 18 dan Aku 19.

Hari ini 18hb Mei 2012. Ya, lagi beberapa minit saja lagi 18 bakal menjengah ke angka 19. Apa yang istimewa benar tentang 18 ini?? Hari ini ialah hari ulang tahun kelahiran Aku yang ke 19 tahun. Haihh.. Tak sangka Aku sudah semakin dewasa.. Bakal menikmati usia belasan ku yang terakhir sebelum mencecah usia angka "2".


Hari ini Aku jalani seperti kebiasaan nya.. Tiada yang istimewa. Cuma ucapan setulus ikhlas dari teman-teman serta kerabat keluarga. Kalau tahun lepas, Aku menyambut hari lahir Aku di tempat kerja, iaitu di Farmasi Ban Choon Chan (masih segar dalam ingatan).. Bos Aku memberikan aku ampau sempena ulangtahun Aku (kira macam bonus jugak laa).


Bila nak dikenangkan cerita lama la kan, banyak sebenarnya kisah di sebalik 18 Mei ni. Kalau 9 tahun yang dulu, sewaktu hari kelahiran Aku yang ke 10 tahun, mantan pacarku telah memberikan aku hadiah. Cuba teka apa hadiahnya? Si Dia memberikan Aku sebuah bingkai gambar yang kecil. Comel sangat. Dan Aku masih simpan tau bingkai gambar itu! *tapi biarlah Aku saja yang tahu* :)


Pada tahun berikutnya, nak tahu apa Si Dia berikan kepada Aku?? Kali ini agak kelakar, Si Dia memberikan aku pelekat (sticker) gambar kartun Minnie Mouse kalau tak silap Aku.. hehehe.. Zaman kanak-kanak Aku lebih indah dari sekarang.. Kenangan dan sikap "gila-gila" kami membuatkan kenangan itu tidak lekang dari ingatan Aku.


Tapi Aku sedar semua itu cuma kisah lama yang tidak mungkin akan kembali. Sudah bertahun-tahun Aku sambut hari ulangtahun Aku bersendirian. Percayalah, hari bermakna seperti ini lebih indah jika dapat meraikannya bersama yang tersayang, Si Dia yang bertakhta di hati (selain dari ibu bapa dan keluarga).


Bolehkah Aku berharap? Bolehkah Aku berdoa? Bolehkah Aku berhajat? Aku berharap 18 Mei 2013 nanti, akan ada seorang Adam yang hadir menerangi hidup Aku. Semoga Aku tidak bersendirian lagi. Aku ingin benar semua ini berakhir... Ya Allah, semoga Kau mendengarkan Aku.. Aminn.. :')



SELAMAT HARI LAHIR AKU ~


Thursday, 17 May 2012

Aku Adalah Aku - Aku Chef Tak Bertauliah

Assalamualaikum + Salam 1Malaysia semua !! :)

Hari ni aku nak jadi chef TAK BERTAULIAH. hewhewhew~ So, resepi untuk hari ini ialah 
APAM POLKADOT !!!

Jadi ni bahan2 and cara2 nak buat nyeee..

Bahan-bahan
*    50 biji papercup medium
*    3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
*    275 gm tepung gandum
*    220 gm gula halus
*    150 ml susu segar@susu cair
*    3 sudu teh baking powder
*    1 sudu kecil ovalette
*    1 sudu kecil esen vanilla
*    filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
*    pewarna



CARA-CARA
1.     masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2.   bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3.   masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4.   picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5.   letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6.   picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7.    last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Lepas tu kan....

TADAAAAAAA !!!!!!!!!!!

Ini Apam Polkadot versi Lady Bird..

Ini pulak versi Angry Bird.. huhu

Haaa.. yang ni biasa je la.. Apam Polkadot versi Dot Dot Dot.. haha

Jadi kepada anda dan anda semua yang terlebih rajin tu, sila2 la mencuba resepi yang simple dan mudah ni.. hehe.. Kalau sedap boleh la korang buat bisnes ke apa ke kan.. haa..

Itu je lah yang dapat aku kongsikan dengan korang semua hari ni.. Kalau dapat resepi lain akan aku kongsikan dengan anda dan anda semua ok? :) Sekian, byeeeee!!

Friday, 4 May 2012

Aku Adalah Aku - Segumpal Daging Bernama H.A.T.I

H+A+T+I = HATI. 

Ya. Ada apa dengan HATI ? Pada fizikalnya, hati cuma lah segumpal daging yang di dalamnya mengalir darah merah yang menghidupkan lagi hati itu. Namun, di sebalik fizikal sebegitu, HATI sebenarnya adalah nadi jiwa perasaan bagi kita sebagai manusia.

Indahnya hati ini apabila kita dapat merasakan KASIH + SAYANG + CINTA. Tapi sekelip mata perasaan itu hilang apabila wujud rasa BENCI + CEMBURU + DENGKI. 

Hati yang berkecai tak mampu kita lihat dengan mata kasar
Segala kasih sayang yang telah bercambah itu seakan-akan mati setelah benih benci ditanam, tumbuh pohon cemburu yang berbungakan dengki. Sakit hati ini tidak ada siapa yang tahu. Kita dapat merasakan sakit itu, tapi kita tidak mampu melihat betapa berkecainya HATI itu. Tanpa disedari, kita sebenarnya pelakon paling terbaik di atas pentas dunia kerana kita masih mampu terSENYUM walaupun dalam keadaan terpaksa dek kerana HATI yang sakit bagai dihiris sembilu.

HATI ibarat permata yang mahal nilainya. Tapi HATI juga boleh hilang nilainya jika dalam hati ini cuma wujud perasaan BENCI , DENGKI , CEMBURU BUTA semata-mata. Tidaklah salah jika sekali-sekala wujud perasaan ini. Bak kata orang, "CEMBURU itu tandanya SAYANG"... :)

Apa yang mampu aku katakan :
  • BERCINTA lah selagi ada CINTA
  • BERKASIH lah selagi ada SAYANG
  • Tutup lah BENCI kamu dengan KASIH
  • Tutup lah CEMBURU kamu dengan SAYANG
  • Tutup lah DENGKI kamu dengan CINTA
Semoga kita semua dilimpahi KASIH SAYANG CINTA dari-Nya. Hanya Allah SWT sahaja lah yang selayak-layaknya menerima semua itu kerana tanpa-Nya, tidak mungkin kita dapat rasa perasaan seperti ini kerana Dia telah "meminjamkan" kepada kita segumpal daging bernama H.A.T.I.


Wednesday, 15 February 2012

Aku Adalah AKU - Kisahku & Kisahmu

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Hari ini aku bukan lah ingin menceritakan kisah hidupku mahupun kisah hidupnya. Bagi aku, kisah hidup bukanlah sesuatu yang perlu dijaja merata alam sebaliknya merupakan coretan peribadi dalam hidup.

Aku sedang menempuhi kehidupan ini dengan penuh syukur dan sesungguhnya segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui segala isi bumi, yang tersurat mahupun tersirat. Bukan lah AKU ingin kan pujian melangit mahupun sorakan teman-teman, sebalik nya aku mengharapkan kamu , dia dan mereka memahami diri ini dan menerimaku seadanya.

Aku adalah AKU. Terima diriku seadanya~



Tuesday, 14 February 2012

Percubaan Pertama - Aku adalah AKU

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia ! cewahh! haha.. Seperti yang tertera di atas nun, ini adalah percubaan pertama aku sebagai BLOGGER !! EHEM2~ [-.-]"


Aku bukan lah seorang peminat tegar blog. Yelah.. since my gurlfrends ni ramai yang ade blog kenss.. hewhewhew~

Berikut ialah gegurls yang sedikit sebanyak mempengaruhi aku untuk ada blog! heeee~

Model LenduLondon --> Eiqa Syaza

Shafiqah Zainuddin a.k.a Shaf  (dgn Adam Hezrique.. hohohoho :P)
Ini nama beliau Zulaiha atau nama mesranyehh Lilly :D

errr.. ni kire "gurlfren" aku jugak la okkeh~ -.-" sorry Alan  :)
Azlan Kiedo








Maka, sekian saja dari diri ini. InsyaAllah panjang umo bertemu lagi~ :) *Aku adalah AKU*