Hari ini Aku jalani seperti kebiasaan nya.. Tiada yang istimewa. Cuma ucapan setulus ikhlas dari teman-teman serta kerabat keluarga. Kalau tahun lepas, Aku menyambut hari lahir Aku di tempat kerja, iaitu di Farmasi Ban Choon Chan (masih segar dalam ingatan).. Bos Aku memberikan aku ampau sempena ulangtahun Aku (kira macam bonus jugak laa).
Bila nak dikenangkan cerita lama la kan, banyak sebenarnya kisah di sebalik 18 Mei ni. Kalau 9 tahun yang dulu, sewaktu hari kelahiran Aku yang ke 10 tahun, mantan pacarku telah memberikan aku hadiah. Cuba teka apa hadiahnya? Si Dia memberikan Aku sebuah bingkai gambar yang kecil. Comel sangat. Dan Aku masih simpan tau bingkai gambar itu! *tapi biarlah Aku saja yang tahu* :)
Pada tahun berikutnya, nak tahu apa Si Dia berikan kepada Aku?? Kali ini agak kelakar, Si Dia memberikan aku pelekat (sticker) gambar kartun Minnie Mouse kalau tak silap Aku.. hehehe.. Zaman kanak-kanak Aku lebih indah dari sekarang.. Kenangan dan sikap "gila-gila" kami membuatkan kenangan itu tidak lekang dari ingatan Aku.
Tapi Aku sedar semua itu cuma kisah lama yang tidak mungkin akan kembali. Sudah bertahun-tahun Aku sambut hari ulangtahun Aku bersendirian. Percayalah, hari bermakna seperti ini lebih indah jika dapat meraikannya bersama yang tersayang, Si Dia yang bertakhta di hati (selain dari ibu bapa dan keluarga).
Bolehkah Aku berharap? Bolehkah Aku berdoa? Bolehkah Aku berhajat? Aku berharap 18 Mei 2013 nanti, akan ada seorang Adam yang hadir menerangi hidup Aku. Semoga Aku tidak bersendirian lagi. Aku ingin benar semua ini berakhir... Ya Allah, semoga Kau mendengarkan Aku.. Aminn.. :')
SELAMAT HARI LAHIR AKU ~




